Cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” ini mengisahkan perihal
tentang kewujudan iblis di muka bumi ini yang sengaja turun untuk menguji
keimanan manusia. Permulaan
cerita digambarkan dengan beberapa pendapat manusia yang mengatakan kehadiran
iblis berpunca daripada beberapa tempat. Antaranya, dikatakan jatuh daripada
awan kumulus, awan sirus, awan stratus, satelit dan dari tingkat seribu satu
sebuah menara cinta. Mitos ini disampaikan sejak dahulu oleh pendapat
manusia-manusia yang singkat pemikirannya. Secekak kertas tisu yang
melambangkan kekotoran dan kejijikan jelas membuktikan tentang kewujudan iblis
di alam manusia. Beberapa pendapat juga menganggap yang iblis itu adalah
seperti pahlawan zaman purbakala, ahli politik, penipu kewangan , ahl fahsafah
dan sebagainya. Pemikiran singkat ini tidak dapat mengklasifikasikan siapa “dia”. Watak ayah yang digarap dalam cerpen ini ternyata seorang yang
beriman sehingga dapat mengenalpasti siapa “dia”. Ayah yang agak
tajam pemikirannya menyatakan kepada anaknya yang iblis itu sudah wujud
zaman-berzaman, yakni dari permulaan tamadun dunia sehingga kini. Suatu hari,
masyarakat di pekan tempat tinggal ayah dan keluarganya dilanda keresahan
apabila iblis yang jatuh itu tidak dapat ditemui. Ayah yang beriman menerangkan
bahawa iblis itu boleh hilang sekelip mata dan sentiasa akan mengetuk pintu
rumah manusia untuk terus menyesatkan mereka ke jalan yang sesat. Kesannya,
lahirlah maksiat yang berleluasa yang dipaparkan dalam televisyen di rumah
ayah. Atas sebab itu ayah tidak mempedulikan rabun matanya dan yang penting
baginya iman sentiasa tebal dan kental dalam sanubarinya. Walaupun rabun di
mata, tetapi ayah tetap celik di hati. Ayah pula sentiasa mengingatkan anaknya
bahawa iblis yang dilambangkan sebagai kertas tisu itu akan terus menganggu
manusia di bumi. Oleh yang demikian, iman sahajalah dapat memelihara anak-anak
manusia daripada disesatkan oleh iblis. Ibu pula mengeyakan apa yang
diperkatakan oleh ayah. Suatu malam ketika “Aku” sedang nyenyak tidur, dia rasa bahawa ada sentuhan tangan yang
memegangnya sehingga dia terperanjat. Ayah dan ibu yang mendengar jeritan itu
lantas mendapatkan anaknya itu. Selepas itu, “Aku” terus berdoa semoga Yang
Maha Esa memperteguhkan imannya agar tidak mudah terpedaya dan tunduk dengan
godaaan iblis yang sentiasa menjahanamkan anak cucu Adam.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam