Ahad, 15 Jun 2014

PENGETAHUAN AM : SELOKA

Definisi Seloka



Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.

    Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.



Ciri-Ciri Seloka

 

  • Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.

  • Memiliki lebih dari satu bait.

  • Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.

  • Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.

  • Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.

  • Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.

  • Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.



Jenis Seloka



-Seloka mengejek

-Seloka khayal

-Seloka melarat

-Seloka gurau senda





Fungsi Seloka



Fungsi seloka amat terbatas,secara umumnya,seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya,iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu.Puisi seloka digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.



Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejak, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
FUNGSI WACANA DALAM BAHASA MELAYU

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

 Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.

Ahad, 11 Mei 2014

SAUJANA PERMAI PESTA PANTUN DAERAH MELAKA TENGAH 2014

Johan Kumpulan A

Johan Kumpulan B
Barisan Hakim Mengadili Pertandingan
Sesi Berpantun Oleh Peserta


PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2014



Pada 7 dan 8 Mei 2014 yang lalu, SMK Tun Mutahir telahpun menganjurkan Pesta Pantun Peringkat Daerah Melaka Tengah. Sebanyak 13 pasukan yang terdiri daripada sekolah-sekolah menengah daerah ini melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini dibahagikan kepada 4 kumpulan utama yang melibatkan pertandingan suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Sambutan amat menggalakkan terutama pada tahun ini para peserta turut terdiri dalam kalalangan pelajar Tingkatan 1. Melalui pertandingan ini, sudah pasti dapat melestarikan warisan tradisi melayu di samping memupuk peningkatan ilmu pengetahuan berdasarkan tema-tema yang dipilih. Sekolah-sekolah yang menjadi johan bagi setiap kumpulan adalah seperti berikut : 

a. SMKA Syarifah Rodziah (kumpulan A)
b. SMKA Sultan Muhammad (kumpulan B)
c. SMK Tinggi Melaka (kumpulan C)
d. SMK Munshi Abdullah (kumpulan D


Isnin, 22 April 2013

Pertandingan Mengarang Essei Sempena Minggu Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir 22-04-2013 - 27-04-2013

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

  1. "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Bidalan tersebut menunjukkan bahawa remaja menjadi penentu kejayaan sesebuah negara.

    Jelaskan ciri-ciri remaja yang dapat memenuhi harapan negara.


  2. Bencana alam yang menimpa beberapa negara di dunia mengakibatkan banyak kerugian. Mangsa bencana memerlukan bantuan dan sumbangan masyarakat antarabangsa.

    Jelaskan bentuk sumbangan yang diperlukan oleh negara-negara yang ditimpa bencana.


  3. Pantun di bawah menggambarkan bahawa masyarakat silam mementingkan keluhuran budi dan keindahan bahasa.

       Yang kurik itu kendi,
            Yang merah itu saga;
       Yang cantik itu budi,
            Yang indah itu bahasa

  4. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan keluhuran budi dan keindahan bahasa dalam masyarakat moden.


  5. Usaha membentuk budaya membaca haruslah dipupuk daripada kanak-kanak.

    Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membaca.

Khamis, 14 Februari 2013

Ciri dan Pengaruh Dalam Kesusteraan Melayu

Kepelbagaian karya di dalam Kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaan daripada segi bentuk dan isi. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, kita boleh menyusur galurkannya melalui pembahagian yang mampu menjelaskan kedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini.

Bentuk sastera yang tertua bagi semua bangsa di dunia ialah sastera lisan. Sastera bentuk ini dilahirkan di dalam kalangan rakyat yang belum mengenal tulisan. Oleh sebab itu, sastera jenis ini disebut juga sastera rakyat. Sastera lisan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
  1. Prosa : Karya yang terhasil di dalam bentuk karangan.
  2. Puisi : Karangan berangkap.



Sastera lisan


Setiap satunya boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu :


Kategori prosa / puisi



Selasa, 5 Februari 2013



LAMAN SASTERA : MARI BELAJAR PANTUN

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
PELANCARAN PROGRAM NILAM SMK TUN MUTAHIR TAHUN 2013

Pada hari Isnin bersamaan 4 Februari 2013 kira-kira jam 7.30 pagi, pihak PSS SMK Tun Muhatir telah menjayakan pelancaran program NILAM bagi tahun 2013. Nadi Ilmu Amalan Membaca atau lebih sinonim dengan akronim NILAM merupakan program tahunan PSS yang wajib dilancarkan setiap tahun. Antara objektif program ini adalah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan para pelajar sekolah. Di samping itu, boleh meningkatkan pemahaman atau mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar. Malah, program NILAM juga bertujuan untuk memcungkil para pelajar yang mencintai ilmu dengan membaca hingga boleh mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Majlis pelancaran ini dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Roslee b. Mahat dan diikuti oleh ucapan GKMP Bahasa iaitu Pn. Zawiyah bt. Mohd selaku penyelaras program. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun (Pengetua SMK Tun Muhatir) dengan ucapan perasmian beliau dan diikuti dengan gimik pelancaran program. Tn. Hj. Hussin b. Sirun juga menyampaikan sijil-sijil pencapaian para pelajar yang melepasi tahap pembacaan NILAM yang ditetapkan. Majlis bersurai kira-kira jam 8.10 pagi.

Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti ini dijayakan :


 Tn. Hj. Hussin b. Sirun menyampaikan ucapan perasmian

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun

 Antara pelajar yang layak mendapat pengiktirafan

Sebahagian AJK Pelaksana program


PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK TUN MUTAHIR 2013

"Membaca Jambatan Ilmu". Itulah salah satu kalimat yang sering diungkapkan para pencinta ilmu sejak dahulu hingga zaman hari ini. Melalui amalan membaca, pelbagai input menarik dari luar dan dalam negeri dapat diketahui dengan lebih mendalam. Apatah lagi dalam membantu meningkatkan pemahaman seseorang individu terhadap sesuatu aspek bahasa. Bagi menyahut seruan kerajaan yang mahu amalan membaca disemaikan terus dalam diri setiap masyarakat Malaysia, SMK Tun Mutahir telahpun menjayakan program galakan membaca di tapak perhimpunan pada setiap pagi Selasa (bahan Bahasa Melayu) dan hari Khamis (bahan Bahasa Inggeris) dan boleh membantu kepada peningkatan bacaan NILAM para pelajar. Program ini dijadikan aktiviti wajib khusus untuk para pelajar sekolah ini bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengukuhan kosa kata dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P). Secara tidak langsung, ia juga menyemai benih-benih cinta akan ilmu agar mampu melahirkan seorang pelajar yang celik ilmu pada masa akan datang sekaligus membentuk disiplin diri yang lebih baik. Program ini disasarkan untuk semua pelajar SMK Tun Mutahir dan dipantau oleh guru-guru yang terlibat.

Berikut merupakan sebahagian foto semasa program ini berlangsung :

Para pelajar sedang menjalani program galakan membaca


Guru turut menjayakan program galakan membaca


Contoh bahan bacaan yang digunakan dalam program galakan membaca

Ahad, 13 Januari 2013


         MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 1/2013

Pada 12 Januari 2013 (Sabtu) yang lalu, Panitia Bahasa Melayu telahpun mengadakan mesyuarat panitia kali pertama bagi sesi 2013. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan SMK Tun Mutahir. Hampir semua guru Bahasa Melayu menghadiri mesyuarat tersebut. Turut hadir ke mesyuarat itu ialah Pn. Hjh. Kamariah bt. Othman (GPK 1), Tn. Hj. Ismail b. Abdullah (GPK HEM) dan Pn. Zawiyah bt. Mohd (GKMP Bahasa). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Pn. Jamaliah bt. Ab Karim. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan Post Mortem PMR 2012, Dasar Panitia, Perancangan Tahun 2013, PBS dan beberapa hal lain. Mesyuarat berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

 Pn. Jamaliah bt. Ab Karim selaku Ketua Panitia 
sedang mempengerusikan mesyuarat


                                         Sebahagian guru-guru Bahasa Melayu yang menghadiri 
                                                                Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 1/2013



                                                  Pn. Zawiyah bt. Mohd (GKMP Bahasa)
                                                                     turut mengikuti mesyuarat panitia.


Khamis, 3 Januari 2013


KURSUS PBS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 TAHUN 2013

Pada 31 Disember 2012, Panitia Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir telah mengadakan satu kursus PBS Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 sesi 2013. Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih Utama (JU) PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2 bertempat  di perpustakaan SMK Tun Mutahir. Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh guru-guru Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir. Turut hadir dalam kursus ini ialah GKMP Bahasa iaitu Pn. Zawiyah Bt. Mohd dan Pn. Hjh. Kamariah Bt. Othman (GPK 1).

Antara maklumat yang disampaikan adalah dari segi pengurusan fail PBS yang lengkap serta cara pelaksanaan PBS Tingkatan 2. Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menerangkan penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Tingkatan 2 kepada guru-guru Bahasa Melayu terutama yang mengajar Tingkatan 2. Selain itu, Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menunjukkan contoh istrumen atau eviden PBS tersebut yang dibuat mengikut standard pelajar yang diuji.

Pn. Norhayati Bt. Amadaldin juga menyumbangkan idea iaitu setiap PBS yang dijalankan perlu dituliskan lokasi untuk rujukan guru.Kursus ini berakhir kira-kira jam 10 pagi.

Gambar : Kursus PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2

Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih Utama (JU) 
Kursus PBS Bahasa Melayu Tingaktan 2

 Guru-guru mendengar maklumat yang disampaikan oleh JU.

GPK 1 dan GKMP Bahasa hadir pada hari kursus dijalankan.