Khamis, 14 Februari 2013
Ciri dan Pengaruh Dalam Kesusteraan Melayu
Kepelbagaian karya di dalam Kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaan daripada segi bentuk dan isi. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, kita boleh menyusur galurkannya melalui pembahagian yang mampu menjelaskan kedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini.
Bentuk sastera yang tertua bagi semua bangsa di dunia ialah sastera lisan. Sastera bentuk ini dilahirkan di dalam kalangan rakyat yang belum mengenal tulisan. Oleh sebab itu, sastera jenis ini disebut juga sastera rakyat. Sastera lisan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
- Prosa : Karya yang terhasil di dalam bentuk karangan.
- Puisi : Karangan berangkap.

Setiap satunya boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu :

Selasa, 5 Februari 2013
LAMAN SASTERA : MARI BELAJAR PANTUN
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
PELANCARAN PROGRAM NILAM SMK TUN MUTAHIR TAHUN 2013
Pada hari Isnin bersamaan 4 Februari 2013 kira-kira jam 7.30 pagi, pihak PSS SMK Tun Muhatir telah menjayakan pelancaran program NILAM bagi tahun 2013. Nadi Ilmu Amalan Membaca atau lebih sinonim dengan akronim NILAM merupakan program tahunan PSS yang wajib dilancarkan setiap tahun. Antara objektif program ini adalah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan para pelajar sekolah. Di samping itu, boleh meningkatkan pemahaman atau mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar. Malah, program NILAM juga bertujuan untuk memcungkil para pelajar yang mencintai ilmu dengan membaca hingga boleh mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Majlis pelancaran ini dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Roslee b. Mahat dan diikuti oleh ucapan GKMP Bahasa iaitu Pn. Zawiyah bt. Mohd selaku penyelaras program. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun (Pengetua SMK Tun Muhatir) dengan ucapan perasmian beliau dan diikuti dengan gimik pelancaran program. Tn. Hj. Hussin b. Sirun juga menyampaikan sijil-sijil pencapaian para pelajar yang melepasi tahap pembacaan NILAM yang ditetapkan. Majlis bersurai kira-kira jam 8.10 pagi.
Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti ini dijayakan :
Tn. Hj. Hussin b. Sirun menyampaikan ucapan perasmian
Gimik pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun
Antara pelajar yang layak mendapat pengiktirafan
Sebahagian AJK Pelaksana program
PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK TUN MUTAHIR 2013
"Membaca Jambatan Ilmu". Itulah salah satu kalimat yang sering diungkapkan para pencinta ilmu sejak dahulu hingga zaman hari ini. Melalui amalan membaca, pelbagai input menarik dari luar dan dalam negeri dapat diketahui dengan lebih mendalam. Apatah lagi dalam membantu meningkatkan pemahaman seseorang individu terhadap sesuatu aspek bahasa. Bagi menyahut seruan kerajaan yang mahu amalan membaca disemaikan terus dalam diri setiap masyarakat Malaysia, SMK Tun Mutahir telahpun menjayakan program galakan membaca di tapak perhimpunan pada setiap pagi Selasa (bahan Bahasa Melayu) dan hari Khamis (bahan Bahasa Inggeris) dan boleh membantu kepada peningkatan bacaan NILAM para pelajar. Program ini dijadikan aktiviti wajib khusus untuk para pelajar sekolah ini bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengukuhan kosa kata dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P). Secara tidak langsung, ia juga menyemai benih-benih cinta akan ilmu agar mampu melahirkan seorang pelajar yang celik ilmu pada masa akan datang sekaligus membentuk disiplin diri yang lebih baik. Program ini disasarkan untuk semua pelajar SMK Tun Mutahir dan dipantau oleh guru-guru yang terlibat.
Berikut merupakan sebahagian foto semasa program ini berlangsung :
Para pelajar sedang menjalani program galakan membaca
Guru turut menjayakan program galakan membaca
Contoh bahan bacaan yang digunakan dalam program galakan membaca
Ahad, 13 Januari 2013
MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 1/2013
Pada 12 Januari 2013 (Sabtu) yang lalu, Panitia Bahasa
Melayu telahpun mengadakan mesyuarat panitia kali pertama bagi sesi 2013.
Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan SMK Tun
Mutahir. Hampir semua guru Bahasa Melayu menghadiri mesyuarat tersebut. Turut
hadir ke mesyuarat itu ialah Pn. Hjh. Kamariah bt. Othman (GPK 1), Tn. Hj.
Ismail b. Abdullah (GPK HEM) dan Pn. Zawiyah bt. Mohd (GKMP Bahasa). Mesyuarat
telah dipengerusikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Pn. Jamaliah bt. Ab
Karim. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan Post Mortem PMR 2012,
Dasar Panitia, Perancangan Tahun 2013, PBS dan beberapa hal lain. Mesyuarat
berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.
Pn. Jamaliah bt. Ab Karim selaku Ketua Panitia
sedang mempengerusikan mesyuarat
sedang mempengerusikan mesyuarat
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 1/2013
Pn. Zawiyah bt. Mohd (GKMP Bahasa)
turut mengikuti mesyuarat panitia.
Khamis, 3 Januari 2013
KURSUS PBS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 TAHUN 2013
Pada 31 Disember 2012, Panitia Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir telah mengadakan satu kursus PBS Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 sesi 2013. Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih Utama (JU) PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2 bertempat di perpustakaan SMK Tun Mutahir. Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh guru-guru Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir. Turut hadir dalam kursus ini ialah GKMP Bahasa iaitu Pn. Zawiyah Bt. Mohd dan Pn. Hjh. Kamariah Bt. Othman (GPK 1).
Antara maklumat yang disampaikan adalah dari segi pengurusan fail PBS yang lengkap serta cara pelaksanaan PBS Tingkatan 2. Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menerangkan penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Tingkatan 2 kepada guru-guru Bahasa Melayu terutama yang mengajar Tingkatan 2. Selain itu, Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menunjukkan contoh istrumen atau eviden PBS tersebut yang dibuat mengikut standard pelajar yang diuji.
Pn. Norhayati Bt. Amadaldin juga menyumbangkan idea iaitu setiap PBS yang dijalankan perlu dituliskan lokasi untuk rujukan guru.Kursus ini berakhir kira-kira jam 10 pagi.
Gambar : Kursus PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2
Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih Utama (JU)
Kursus PBS Bahasa Melayu Tingaktan 2
Guru-guru mendengar maklumat yang disampaikan oleh JU.
GPK 1 dan GKMP Bahasa hadir pada hari kursus dijalankan.
Jumaat, 16 November 2012
PEPATAH ORANG DULU-DULU......
Yang pekak penghembus lesung,
Yang pekak pelepas bedil,
Yang lumpuh penghuni rumah,
Yang kuat pembawa beban,
Yang bodoh disuruh-suruh,
Yang pintar bawa berunding.
Keluk paku kacang belimbing,
Tempurung lenggang-lenggangkan,
Bawa menurun ke Saruaso,
Anak dipangku kemenakan dibimbing,
Orang kampung dipertimbangkan,
Fikirkan rasa dengan periksa.
Mungkin dan patut,
Rasa dan periksa,
Malu dan sopan,
Hereng dan gendeng,yang baik oleh kita,
Suka oleh orang,
Melebihi baik,
Mengurangi sia-sia,
Bayang-bayang sepanjang badan.
Yang kurik adalah kundi,
Yang merah adalah saga,
Yang baik adalah budi,
Yang indah adalah bahasa,
Pucuk pauh sedang terjela,
Penjuluk bunga lingundi,
MARI BERKENALAN DENGAN PUISI LAMA :TEROMBA
Teromba
merupakan satu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal-usul adat
lembaga khususnya yang terdapat di kalangan mereka yang mengamalkan Adat
Perpatih dalam kehidupan kelompok masyarakatnya. Dalam teromba itu bukan
sekadar menerangkan susun lapis dalam masyarakatnya baik dari aspek
pemerintahan mahupun keluarga tetapi juga menggambarkan tentang sosialisasi
masyarakat yang mementingkan nilai-nilai Islam seperti tolong-menolong,
muafakat, kesederhanaan dan keadilan dalam kehidupan di samping perpaduan yang
erat.
Definisi
lain pula menyatakan teromba merupakan salah satu aspek yang menbezakan Adat
Perpatih dengan Adat Melayu negeri yang
lain. Di kalangan masyarakat Adat
Perpatih, teromba yang diguna pakai sebelum menjalankan sebarang aktiviti
kemasyarakatan baik sosial, politik mahupun ekonomi, ini termasuklah hal-hal
pentadbiran negeri, suku, perundangan, kehakiman, upacara istiadat dan
sebagainya.
Menurut
Kamus Dewan, teromba pada makna
asalnya adalah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo atau
riwayat. Manakala dialek Negeri Sembilan menyebutnya “terombo” dengan huruf “r”nya seperti bunyi “ghain”
nipis. Dialek Minagkabau pula “tambo”
yang mungkin daripada perkataan “tarambo”
tetapi telah digugurkan bunyi “r”nya.
Walau apapun asal atau sejarahnya dipanggil ia adalah maksud atau menekankan
unsur sasteranya, kata-kata berirama dan diungkapkan dari mulut ke mulut sejak
zaman-berzaman.
Dengan
erti kata lain, teromba adalah himpunan puisi-puisi Melayu yang sangat indah
dari segi penghasilannya. Dalam teromba mengandungi unsur pantun, seloka,
peribahasa, bidalan, pepatah-petitih, dan beberapa lagi puisi tradisional.
Tema
dan isi teromba banyak memberikan gambaran tentang pegangan atau tingkah laku
serta peraturan yang mesti dipatuhi, nilai bermasyarakat atau hidup bersepadu,
di samping memberi bayangan tentang kepercayaan, nilai dan pegangan serta
pandangan hidup masyarakat. oleh yang demikian, teromba digunakan dan menjadi
sebahagian daripada alat untuk mengkomunikasikan aspek-aspek kepercayaan,
pengetahuan, kesenian, estetika, etika, moral, nilai dan elemen-elemen lain
yang ada dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kes ini masyarakat Adat
Perpatih khasnya.
Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)

