Selasa, 5 Februari 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM SMK TUN MUTAHIR TAHUN 2013

Pada hari Isnin bersamaan 4 Februari 2013 kira-kira jam 7.30 pagi, pihak PSS SMK Tun Muhatir telah menjayakan pelancaran program NILAM bagi tahun 2013. Nadi Ilmu Amalan Membaca atau lebih sinonim dengan akronim NILAM merupakan program tahunan PSS yang wajib dilancarkan setiap tahun. Antara objektif program ini adalah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan para pelajar sekolah. Di samping itu, boleh meningkatkan pemahaman atau mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar. Malah, program NILAM juga bertujuan untuk memcungkil para pelajar yang mencintai ilmu dengan membaca hingga boleh mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Majlis pelancaran ini dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Roslee b. Mahat dan diikuti oleh ucapan GKMP Bahasa iaitu Pn. Zawiyah bt. Mohd selaku penyelaras program. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun (Pengetua SMK Tun Muhatir) dengan ucapan perasmian beliau dan diikuti dengan gimik pelancaran program. Tn. Hj. Hussin b. Sirun juga menyampaikan sijil-sijil pencapaian para pelajar yang melepasi tahap pembacaan NILAM yang ditetapkan. Majlis bersurai kira-kira jam 8.10 pagi.

Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti ini dijayakan :


 Tn. Hj. Hussin b. Sirun menyampaikan ucapan perasmian

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussin b. Sirun

 Antara pelajar yang layak mendapat pengiktirafan

Sebahagian AJK Pelaksana program


Tiada ulasan:

Catat Ulasan