PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK TUN MUTAHIR 2013
"Membaca Jambatan Ilmu". Itulah salah satu kalimat yang sering diungkapkan para pencinta ilmu sejak dahulu hingga zaman hari ini. Melalui amalan membaca, pelbagai input menarik dari luar dan dalam negeri dapat diketahui dengan lebih mendalam. Apatah lagi dalam membantu meningkatkan pemahaman seseorang individu terhadap sesuatu aspek bahasa. Bagi menyahut seruan kerajaan yang mahu amalan membaca disemaikan terus dalam diri setiap masyarakat Malaysia, SMK Tun Mutahir telahpun menjayakan program galakan membaca di tapak perhimpunan pada setiap pagi Selasa (bahan Bahasa Melayu) dan hari Khamis (bahan Bahasa Inggeris) dan boleh membantu kepada peningkatan bacaan NILAM para pelajar. Program ini dijadikan aktiviti wajib khusus untuk para pelajar sekolah ini bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengukuhan kosa kata dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P). Secara tidak langsung, ia juga menyemai benih-benih cinta akan ilmu agar mampu melahirkan seorang pelajar yang celik ilmu pada masa akan datang sekaligus membentuk disiplin diri yang lebih baik. Program ini disasarkan untuk semua pelajar SMK Tun Mutahir dan dipantau oleh guru-guru yang terlibat.
Berikut merupakan sebahagian foto semasa program ini berlangsung :
Para pelajar sedang menjalani program galakan membaca
Guru turut menjayakan program galakan membaca
Contoh bahan bacaan yang digunakan dalam program galakan membaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan