Definisi Seloka
Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang
tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada
mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah
mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku
dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.
Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang
mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari
bahasa sanskrit iaitu 'sloka'.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan
terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Ciri-Ciri Seloka
- Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.
- Memiliki lebih dari satu bait.
- Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.
- Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
- Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
- Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.
- Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.
Jenis Seloka
-Seloka mengejek
-Seloka
khayal
-Seloka melarat
-Seloka gurau senda
Fungsi Seloka
Fungsi seloka amat
terbatas,secara umumnya,seloka dapat menggambarkan masyarakat yang
melahirkannya,iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan
ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu.Puisi seloka
digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.
Fungsinya
amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejak, menempelak seseorang,
melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan
panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan