Ahad, 15 Jun 2014

FUNGSI WACANA DALAM BAHASA MELAYU

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

 Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan