Ahad, 15 Jun 2014

PENGETAHUAN AM : SELOKA

Definisi Seloka



Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.

    Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.



Ciri-Ciri Seloka

 

  • Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.

  • Memiliki lebih dari satu bait.

  • Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.

  • Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.

  • Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.

  • Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.

  • Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.



Jenis Seloka



-Seloka mengejek

-Seloka khayal

-Seloka melarat

-Seloka gurau senda





Fungsi Seloka



Fungsi seloka amat terbatas,secara umumnya,seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya,iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu.Puisi seloka digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.



Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejak, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
FUNGSI WACANA DALAM BAHASA MELAYU

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

 Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.