Ahad, 9 Januari 2011

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2011

         Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2011 telah diadakan pada hari Sabtu 8 Januari 2011, jam 8.00 pagi di Bilik Gerakan SMK Tun Mutahir. Mesyuarat pada kali ini turut dihadiri oleh Tuan Hj.Zolkaply B. Yunus, Pengetua dan Pn.Hjh.Kamariah Bt. Othman, GPK 1. Kehadiran ahli seramai 16 orang termasuklah GKMP Bahasa, Pn.Latifah Bt. Hassan. Sebagai menyahut dasar sekolah menggalakkan inovasi dalam kalangan guru, Panitia Bahasa Melayu merancang beberapa projek inovasi dan salah satu daripadanya adalah pembinaan blog Panitia Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir untuk dijadikan medan mencurah dan berkongsi idea guru-guru Bahasa Melayu dengan para pelajar di sekolah ini. Semoga bahan-bahan yang dipaparkan dapat menyumbang ke arah pencapaian Visi   Sekolah SMK Tun Mutahir Sekolah Yang Berdaya Saing Di Negeri Melaka Menjelang 2015.


      Semoga langkah pertama membina blog Panitia Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir menjadi laluan atau jalan untuk melangkah maju ke depan. Terima kasih semua ahli Panitia Bahasa Melayu & pihak pentadbir sekolah.


Catatan;
Pn.Zawiyah Bt. Mohd
KP Panitia Bahasa Melayu
    

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Tahniah atas usaha pihak yang terlibat.
    Saya rasa terpanggil untuk membina blog seumpama ini untuk kemudahan semua pihak. Mohon kongsi bahan ye cikgu..Terima Kasih

    BalasPadam