- "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Bidalan tersebut menunjukkan bahawa remaja menjadi penentu kejayaan sesebuah negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang dapat memenuhi harapan negara. - Bencana alam yang menimpa beberapa negara di dunia mengakibatkan banyak kerugian. Mangsa bencana memerlukan bantuan dan sumbangan masyarakat antarabangsa.
Jelaskan bentuk sumbangan yang diperlukan oleh negara-negara yang ditimpa bencana. - Pantun di bawah menggambarkan bahawa masyarakat silam mementingkan keluhuran budi dan keindahan bahasa.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa - Usaha membentuk budaya membaca haruslah dipupuk daripada kanak-kanak.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membaca.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan keluhuran budi dan keindahan bahasa dalam masyarakat moden.